◉ HEADLINES

Mat Sentol terima Anugerah Kehormat Permata Dunia daripada MMU

Anugerah itu diberikan kepada Mat Sentol bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta sumbangannya dalam bidang seni sinematik dan industri kreatif tanah air

5:18 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Pelawak dan pelakon veteran filem Melayu, Abdul Rasip Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentol menerima Anugerah Kehormat Permata Dunia daripada Universiti Multimedia (MMU).

Anugerah julung kali diperkenalkan MMU itu diberikan kepada Abdul Rasip bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta sumbangannya dalam bidang seni sinematik dan industri kreatif tanah air.  

Abdul Rasip, 90, atau lebih mesra dipanggil “Pak Mat” berkata beliau merasa sangat terharu atas penghargaan yang diberikan kepadanya itu.

“Pak Mat rasa sangat gembira sebab ada juga orang yang masih lagi ingat pada Pak Mat.

“Zaman dahulu buat filem karya seni sinematik, semua buat sendiri (berbanding kecanggihan teknologi masa ini). Saya suka mencuba, jadi idea pun datang semula jadi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Penerima Anugerah Kehormat Permata Dunia 2023 di sini semalam.

Anak kelahiran Muar yang pernah membintangi beberapa filem seperti Mat Bond, Mat Magic, Mat Karong Guni, Mat Toyol dan Mat Tiga Suku itu, turut memberikan nasihat kepada generasi muda agar sentiasa berani untuk menyahut cabaran dalam memajukan diri.

“Kepada anak-anak muda, kalau hendak buat apa-apa, buat sahaja, asalkan ia bukan perkara yang salah atau negatif,” katanya.

Keadaan kesihatan figura yang pernah aktif menghasilkan iklan televisyen dan radio antaranya Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo itu setakat ini adalah baik, namun pergerakannya agak terbatas disebabkan faktor usia.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMU Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud berkata idea dan bakat serta kerja kreatif Abdul Rasip, telah mempengaruhi serta memberi impak signifikan kepada pertumbuhan seni dan kreativiti dalam masyarakat.

“Kegigihannya dalam menghasilkan teknik-teknik kesan khas produksi filem secara kreatif, berani dan berfikir di luar kotak kebiasaan mendahului zamannya, meskipun teknologi ketika itu amat terbatas.  

“Walaupun anugerah ini hanyalah kecil jika dibandingkan dengan sumbangan besar beliau dalam dunia kreatif, MMU berharap ia akan menjadi inspirasi kepada masyarakat dan beliau akan terus menjadi ikon untuk diteladani oleh pengamal industri kreatif pada masa depan,” katanya. – 22 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

[WATCH] Expensive to run, yet extremely affordable to ride: Klang Valley trains explained

Strong ridership, low fares, and expanding networks keep the city moving — leading rail experts explain how

◉ Related