HEADLINES

‘Jangan kecam, saya pun tidak mahu ini terjadi’

Cebisan nota tertera mesej itu ditinggalkan bersama mayat bayi perempuan yang ditemui dalam tong sampah sanitasi

11:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat bayi perempuan dibalut dengan tuala ditemui dalam tong sampah sanitasi di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu, Sabah semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, polis menerima aduan daripada seorang penyelia syarikat pembersihan yang menemukan mayat itu ketika menukar plastik tong sampah sanitasi kira-kira jam 9.40 malam.

“Polis bergegas ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati mayat bayi itu dibalut dengan tuala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lebih menyayat hati, katanya, cebisan nota turut ditemukan bersama mayat itu tertera mesej dipercayai ditulis ibu atau bapa bayi malang berkenaan.

“Saya meminta maaf dan meminta tolong mencari tempat sesuai untuk anak saya. Terima kasih pertolongan anda, jangan kecam saya. Saya pun tidak mahu ini terjadi,” demikian mesej pada nota itu.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata, polis sedang menjalankan siasatan menerusi rakaman litar tertutup di kawasan kejadian selain membuat risikan untuk mengenal pasti suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu diminta berhubung dengan Inspektor Hatikah Ahmad@ Abd Ghani di talian 0168337243,” katanya. – 22 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Related