HEADLINES

Konvensyen Nasional Amanah bermula, jawatan Presiden jadi tumpuan

Menurut perlembagaan parti, seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut

9:40 AM MYT

 

KLANG – Pemilihan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden dalam kalangan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan antara dinantikan pada Konvensyen Nasional parti itu yang bermula hari ini.

Pemilihan bagi penggal 2023-2026 itu menyaksikan 124 calon telah menyerahkan borang pencalonan, termasuk Presiden parti Datuk Seri Mohamad Sabu, dua Naib Presiden iaitu Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari serta Pengarah Strategi Amanah Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad.

Mohamad yang merupakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dijadual memulakan atur cara konvensyen selama dua hari itu dengan menyampaikan pidato presiden pada kira-kira 10 pagi sebelum dibahaskan oleh perwakilan. 

Jika dipilih semula, ia akan menjadi penggal terakhir bagi Mohamad untuk mengemudi parti yang mempunyai lebih 200,000 ahli itu. 

Menurut perlembagaan parti, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang akan dipilih oleh perwakilan, dan seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut.

Dalam pada itu, atur cara konvensyen juga menyaksikan satu taklimat khas berhubung perkembangan semasa situasi di Palestin akan diadakan dengan perkongsian disampaikan oleh wakil daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim). 

Ia akan disusuli dengan pembentangan dan perbahasan usul oleh perwakilan sebelum sesi pemilihan bagi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah 2023-2026 dijalankan esok. – 23 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Presma slams TikTok user’s video of bizarre mamak restaurant claims, says industry tarnished

Mamak restaurant operators are on the defensive against a TikTok video which has maligned local Indian Muslim eateries by making outrageous claims, including one alleging that ‘toyol’ urine is found in curries.

SPRM jejak waris Tun Daim bantu siasatan

Gerakan mengesan empat individu kini dilancarkan SPRM dengan menyiarkan alamat terakhir serta butiran pegawai penyiasat bagi membantu siasatan melibatkan tokoh berpengaruh

Related