HEADLINES

Nik Nazmi serah surat tuntutan kepada Chegubard

Surat tuntutan yang diserah semalam itu adalah berhubung dakwaan kes rasuah RTB bernilai lebih RM16 bilion yang didedahkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu

11:45 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, melalui peguamnya telah menyerahkan Surat Tuntutan kepada Badrul Hisham Shaharin agar menarik balik serta-merta dan memohon maaf secara terbuka atas kenyataan berunsur fitnah berhubung projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Nik Nazmi memaklumkan surat tuntutan itu telah diserahkan kepada Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard, semalam berhubung dakwaan kes rasuah RTB bernilai lebih RM16 bilion yang didedahkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

“Beratnya tuduhan palsu ini memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan saya, Kementerian dan Kerajaan Persekutuan.

“Komitmen kami kekal dalam menegakkan kebenaran dan membetulkan tanggapan serong ekoran tuduhan tidak berasas seperti ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dengan berlangsungnya prosiding undang-undang itu, ia mengesahkan dedikasi pihaknya terhadap ketelusan serta pematuhan kepada proses undang-undang dan pada masa yang sama turut mengalu-alukan sebarang siasatan oleh pihak polis untuk bertindak atas dakwaan itu.

Pada 21 Dis lepas, Chegubard mendakwa kononnya berlaku elemen rasuah dalam pelaksanaan projek RTB dikendalikan oleh kementerian itu membabitkan nilai lebih RM16 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada menteri. – 28 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related