HEADLINES

Ini rancangan ‘prom night’ kah, pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023 jadi bahan kutukan netizen

Netizen juga turut mempersoalkan kredibiliti hos dan juga pemilihan finalis serta pemenang Hero Dewi Remaja 2023

8:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Acara pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023 yang berterabur, kelam-kabut serta gagal dikendalikan dengan sempurna membuatkan ramai netizen khususnya pengikut setia Hero Remaja 2023 dan Dewi Remaja 2023 berasa kecewa.

Rata-rata mereka menganggap acara tersebut bagaikan ‘prom night’ atau ‘talent time’ sehingga menyebabkan ia nampak tidak serius dan dianjurkan asal boleh.

Kekecewaan mereka ini diluahkan menerusi komen-komen pedas yang berbaur kritikan dan kutukan di platform X pada saat acara ini sedang bersiaran secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur, malam tadi.

Memberikan komen pedas, pemilik akaun @gdaaMA berkata: “Kalut sangat tu. Post mortem kena bambulah tu nanti. Usherettes tak berfungsi, berterabur susunan atas pentas”.

Yang ini pula komen daripada @im_chowok: “Dah macam majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah majlis kampung-kampung la pulek. Apo korang ni. Yang penting Amir menang”.

Kekecewaan netizen diluahkan menerusi komen-komen pedas yang berbaur kritikan dan kutukan di platform X – Tangkapan layar X, 30 Disember, 2023

Komen @iamHarizNua pula agak lucu: “Apa ni? Berterabur. Hos lelaki pulak mamai “Saya Hawa” hahaha.

Sama juga dengan komen @MochavsMatcha: “Kelam kabutlah! Pengacara tak buat latihan? Siapa nak cakap, siapa nak ambil hadiah dulu”.

Kebanyakan netizen merasakan acara berterabur dan kurang perancangan – Tangkapan layar X, 30 Disember, 2023

@MiaEery pula memberikan komen: “Pertandingan Talentime sekolah rendah ke ni? Dengan hos gagal tarik penonton. Serius nak lena weii”

Komen daripada @Amanlin_tweet pula berbunyi: “Hero Dewi Remaja ni prom night high school ke? Serious cakap dah hilang eksklusif Dewi dan Hero Remaja”.

Ada juga yang mempertikaikan pemilihan finalis Hero Dewi Remaja 2023 serta konsep gabungan Hero dan Dewi Remaja itu sendiri.

Tangkapan layar X, 30 Disember, 2023

Misalnya komen daripada seorang pengguna yang tidak kurang pedasnya, “Setakat ini Hero/Dewi Remaja paling hauk #herodewiremaja2023 yang bagus kau singkirkan yang tak ok simpan sampai 10 kau angkut final pastu kau campur lelaki perempuan…?”

Komen daripada @aerzee pula: “Secara jujur, musim kali ini, takda sorang pun yang nampak ada gaya Hero/Dewi Remaja macam musim terdahulu. Semua nampak macam asal boleh ja”.

Sementara @sibarbiesulu pula memberikan komen: “Adakah anda okay memilih peserta yang salah ke pusingan akhir? Kelakar.”

Ada juga yang mempertikaikan pemilihan finalis Hero Dewi Remaja 2023 serta konsep gabungan Hero dan Dewi Remaja itu sendiri – Tangkapan layar X, 30 Disember, 2023

Mempersoalkan mengapa Adrina tidak dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2023, @nurularisha12 berkata: “Ingatkan Adrina terpilih sebab persembahan dia best, ada moral”.

Sementara @fracpuccinoiced pula memberikan komen: Memang buat lawak la singkir Adrina, dia cantik dan mempunyai otak” – 30 Disember 2023

Topics

 

Popular

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

Rajagopal releases autobiography ‘Inilah Saya’ after nearly 10 years in the making

Former Harimau Malaya coach hopes his life story, from humble beginnings to historic football triumphs, will inspire Malaysians

Related