◉ HEADLINES

Sebar gambar bogel rakan suspek punca lelaki dibunuh, ditanam dalam belukar belakang rumah

Hasil siasatan, lapan suspek dalam lingkungan umur 19 hingga 46 ditahan bagi membantu siasatan

11:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Motif pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditanam dalam belukar belakang sebuah rumah dekat Sungai Choh, Rawang pada 23 Disember lalu disebabkan suspek berang gambar bogel rakan mereka disebarkan oleh mangsa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, hasil siasatan itu polis menahan lapan suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia dalam lingkungan 19 hingga 46 tahun.

Menurutnya, kesemua suspek direman selama 13 hari bermula 24 Disember lalu hingga esok bagi membantu siasatan kes itu.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Selangor dan mendapat arahan tuduh ke atas enam suspek di mana dua dituduh mengikut Seksyen 201 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan iaitu kesalahan melupuskan barang bukti.

“Lima orang suspek dituduh mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan dibaca bersama seksyen 34 kanun yang sama iaitu kesalahan bunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dua suspek lain dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan.

“Kesemua suspek dituduh di Mahkamah Selayang hari ini dengan motif kejadian adalah disebabkan tidak berpuas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga berjaya menangkap kesemua suspek terlibat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan tiga beradik termasuk seorang wanita, ditahan polis untuk membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui ditanam dalam belukar belakang kawasan kediaman dekat Sungai Choh di Rawang pada malam 23 Disember lalu.

Tiga suspek adalah warga tempatan, masing-masing berusia 29 dan 33 tahun dan seorang wanita berusia 32 tahun.

Kes itu terbongkar selepas polis menerima aduan daripada seorang wanita berusia 27 tahun yang berjiran dengan keluarga suspek yang juga keluarga iparnya, pada jam 11.25 malam, hari yang sama. – 4 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related