◉ HEADLINES

Tuduhan Zahid arah Ahli Parlimen BN berkumpul di Cameron Highlands hanya fitnah

Ia hanya dibuat untuk mensensasikan komplot Langkah Dubai

9:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tuduhan kononnya, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berkumpul di Cameron Highlands bagi menyatakan pendirian sokongan kepada Perdana Menteri adalah fitnah semata-mata.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tuduhan dilemparkan penulis blog, Raja Petra itu hanya dibuat untuk mensensasikan komplot Langkah Dubai.

Menurutnya, tuduhan itu turut dibuat seorang penulis blog veteran yang mengabdikan dirinya di luar negara kerana takut diambil tindakan atas fitnah yang dibuat hampir setiap hari.

“Maka saya menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak percaya fitnah murahan seperti ini.

“Umno akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang “menggunakan wewenang baginda untuk mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ini ditubuhkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegasnya, fokus dan tumpuan sepenuhnya akan diberikan kepada negara dan rakyat, bukannya bermain politik murahan yang merugikan.

Beliau berkata, kunjungan Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri ke Cameron Highlands adalah sempena lawatan pasca bencana di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, susulan kejadian tanah runtuh pada Oktober tahun lalu.

“Hasil daripada lawatan tersebut, beberapa keputusan mustahak yang menguntungkan rakyat juga dibuat.

“Ia kemudiannya disusuli program Jelajah Akar Umbi Presiden Umno bersama Umno Bahagian Cameron Highlands. Program ini dihadiri oleh pimpinan Umno di peringkat negeri dan bahagian,” katanya. – 7 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related