HEADLINES

Isu rasuah RM6 juta: SPRM akan panggil MB sebuah negeri di utara tanah air

Semalam, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa dirinya menjadi sasaran sebenar pihak tertentu dalam dakwaan kes rasuah membabitkan KFA

7:00 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Menteri Besar sebuah negeri di utara tanah air bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah pasukan bola sepak.

Ia disahkan oleh Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim.

Sumber SPRM sebelum ini memaklumkan siasatan itu dijalankan selepas agensi tersebut menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak tersebut.

“Berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi di Kerajaan Negeri dan di persatuan bola sepak berkenaan yang berjanji akan memberikan projek-projek pembinaan dan perkhidmatan sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana.

“Namun, selepas kontraktor-kontraktor ini menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan, mereka tidak menerima sebarang projek sebagaimana dijanjikan individu terbabit,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, kontraktor yang merasakan telah ditipu ini, membuat laporan kepada SPRM atas penawaran projek yang dijanjikan kepada mereka oleh individu berkenaan.

Jumaat lalu, SPRM memaklumkan mengenai penahanan reman empat individu termasuk seorang CEO dan dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak di sebuah negeri di utara tanah air kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah lebih RM6 juta.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.

Malah wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri.

Bagaimanapun CEO Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Zulkifli Che Haron telah dibebaskan dengan jaminan SPRM, Ahad lalu.

Sementara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, semalam mendakwa dirinya menjadi sasaran sebenar pihak tertentu dalam dakwaan kes rasuah membabitkan KFA.

Beliau yang juga Presiden KFA mendakwa, penahanan empat individu termasuk CEO KFA, hanyalah sebagai aksesori saja untuk mengada-adakan kes terhadap mereka, selain membina naratif buruk kerajaan Kedah diterajuinya. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related