HEADLINES

Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies

Daripada 16 sampel yang dikumpul, 12 ekor anjing diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Bintulu (dua) dan masing-masing satu di Padawan serta Bau

10:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kuching dan Bintulu di Sarawak telah diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan rabies mulai hari ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, daripada 16 sampel yang dikumpul, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Bintulu (dua) dan masing-masing satu di Padawan serta Bau.

Semua anjing yang diuji itu, katanya, tidak divaksin.

“Justeru orang ramai diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mendapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berhampiran jika digigit anjing yang disyaki berpenyakit rabies,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Rundi turut memaklumkan, beliau telah menandatangani perintah pemvaksinan anti-rabies di bawah seksyen 40 (1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, yang menghendaki semua anjing di dalam negeri mendapatkan vaksinasi anti-rabies dan penggalak tahunan,

“Mana-mana pemilik atau orang yang menjaga anjing yang gagal mematuhi perintah ini akan didenda sehingga RM2,500. Manakala bagi anjing yang sudah terdedah kepada rabies yang tidak ada bukti vaksinasi akan dilupuskan,” katanya.

Dr Rundi berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPVS) Sarawak bersama dengan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) telah mempergiatkan program vaksinasi anti-rabies di seluruh Sarawak dengan sasaran sehingga 50,000 ekor anjing diberikan vaksin pada tahun ini. – 16 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Related