◉ HEADLINES

Jakim bangunkan sistem AI mudahkan prosedur lulus permohonan sijil halal

Teknologi itu dijangka membantu mereka menganalisis ramuan makanan yang digunakan dalam sesuatu produk

9:05 AM MYT

 

​​KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang membangunkan sistem Kecerdasan Buatan (AI) bagi mempermudahkan prosedur meluluskan permohonan sijil halal.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Mohamad Zamri Mohamed Shapik berkata, teknologi itu dijangka membantu mereka, terutama dalam menganalisis ramuan makanan yang digunakan dalam sesuatu produk.

Beliau berkata, perkara yang paling rumit dalam prosedur meluluskan permohonan sijil halal adalah untuk memeriksa ramuan-ramuan dalam sesuatu produk itu.

“Sebagai contoh, dalam permohonan pensijilan halal makanan di hotel, ada ratusan menu yang perlu kita semak dan bahan yang digunakan bukan sikit tetapi ribuan.

“Kalau kita gunakan khidmat manusia, ia memerlukan tenaga yang ramai dan penggunaan AI ini bukan sahaja membantu kita malah pihak industri dan menjadikan proses permohonan sijil halal itu cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, di sini malam tadi.

Sementara itu, Mohamad Zamri berkata, pensijilan Halal Malaysia terus diiktiraf oleh dunia apabila berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama daripada 81 negara bagi tahun ke-10 berturut-turut.

Menurutnya, rekod itu harus dipertahankan dengan mengekalkan integriti yang tinggi dalam mematuhi standard ditetapkan selama ini bagi memastikan pensijilan halal Malaysia terus dihormati di mata dunia. – 18 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related