◉ HEADLINES

Doa kuatkan tenaga batin suami hanya amalan doa, tiada dalam al-Quran, hadis: Mufti

Jakim dan agensi berkaitan digesa memantau tauliah setiap pendakwah untuk mengelakkan umat Islam terpesong

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada ayat al-Quran atau hadis sahih yang diriwayatkan berkaitan doa menguatkan tenaga batin suami.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, doa tersebut mungkin dijadikan amalan atau petua orang tua-tua berdasarkan pengalaman mereka.

“Mungkin betul dan mungkin sekadar dakwaan sahaja. Sepanjang pengetahuan saya, tak ada ayat al-Quran atau hadis sahih yang diriwayatkan berkaitan isu ini.

“Lebih munasabah ini (bacaan doa) merupakan petua orang tua-tua berdasarkan pengalaman dan percubaan (experiment). Wallahuaklam (Allah jua yang lebih mengetahui),” katanya kepada Scoop.

Wan Salim berkata demikian bagi mengulas sebuah video memaparkan seorang ustazah mengajar peserta wanita yang hadir dalam sebuah program mengenai bacaan doa untuk membantu menguatkan tenaga batin suami yang tular di media sosial.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang disalah erti orang ramai.

Sementara itu Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Zaizul Ab Rahman turut senada dengan mufti berhubung perkara itu.

Menurutnya, doa tersebut hanyalah berkait amalan doa mengenai nikmat kesihatan.

“Ini sebenarnya ‘bab dalam kain’. Seelok-eloknya kita doakan hasanah (kebaikan dunia dan akhirat). Macam pengantin baru, kita tak perlu doakan kuat stamina. Itu nikmati kesihatan. Kita doakan secara umum.

“Pada pendapat saya, doa itu lebih kepada nak promosi sesuatu produk kesihatan. Ini benda aib, pendekatan itu sebenarnya tak boleh secara mendadak. Kena berhikmah atau berlapik,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi berkaitan untuk memantau tauliah setiap pendakwah dalam setiap program berkonsepkan agama yang dianjurkan.

“Saya takut kita terpesong sebab ada pendakwah yang menggunakan ayat bercampur. Jadi, Jakim dan pihak berkaitan perlu memantau pentauliahan mereka.

“Pendakwah pula perlu berhati-hati dalam menyampaikan dakwah mereka. Sekarang zaman terbuka, jadi kena mendidik dengan berikan contoh terbaik.

“Kita sebagai bangsa Melayu yang terkenal sebagai bangsa bertamadun, tak cantiklah kalau nak ajar bacaan doa seperti itu di khalayak ramai, apatah lagi jika ada anak kecil turut serta dalam program itu,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang ustazah mengajar peserta wanita yang hadir dalam sebuah program mengenai bacaan doa untuk membantu menguatkan tenaga batin suami.

Dalam video berdurasi satu minit 34 saat itu, kedengaran suara peserta terbabit mengulangi ayat doa yang dibacakan pendakwah tersebut.

“Ya Allah kuatkan alat kelaminku kerana sesungguhnya, supaya ia, kerana padanya ada kebaikan untuk keluargaku, keturunanku. (doa pertama)

“Ataupun doa kedua… kerana ia ada banyak khasiat dan manfaatnya untuk isteriku,” katanya dalam video tersebut yang turut menampilkan kelibat selebriti dan usahawan popular, Neelofa.

Ustazah tersebut mendakwa bacaan doa tersebut juga boleh membantu meningkatkan hubungan kasih sayang antara suami dan isteri. – 19 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] A tearful Aidilfitri message from Malaysians to Palestinians

Join us in reflecting on the true meaning of Hari Raya Aidilfitri with heartfelt messages from Malaysians. As we celebrate this joyous occasion, let us not forget those in Palestine who are enduring unimaginable suffering. 

◉ Related