HEADLINES

Penyelesaian isu infrastruktur asas di Labuan tumpuan utama Kerajaan Perpaduan: Dr Zaliha

Pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur asas di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan akan merangsang aktiviti ekonomi tempatan serta menarik pelaburan luar

8:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan akan memberi fokus dalam menyelesaikan isu infrastruktur asas di Labuan dalam usaha memajukan dan memakmurkan lagi pulau bebas cukai itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam di Labuan semalam, jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam merangka usaha berkenaan.

“Justeru, dengan pemantauan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta usaha sama antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan beberapa agensi Kerajaan Sabah yang berkaitan, diharapkan pelaksanaan projek menaik taraf paip dan cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu dapat dilaksanakan dengan baik.

“Pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur asas di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan semestinya akan merangsang aktiviti ekonomi tempatan serta menarik pelaburan luar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Fadillah dilaporkan berkata, pendekatan dan kaedah berbeza perlu diguna pakai dalam merealisasikan cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah yang dinanti-nantikan sekian lama.

Beliau berkata, terdapat keperluan untuk kajian menyeluruh bagi menilai daya maju jambatan berkenaan dan potensi kesannya terhadap ekonomi Labuan. – 22 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related