HEADLINES

Ada terjumpa gigi emas 24 karat Sachai?: Andy Teh minta pengikutnya tolong carikan waktu berada di pawagam

Kerjaya lakonan Andy dalam filem nampaknya semakin menyerlah sejak akhir-akhir ini dan tidak mustahil banyak lagi tawaran yang akan datang kepadanya selepas ini

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Daripada seorang tentera Jepun bergelar Leftenan Azu dalam filem Pagari Bulan, pelakon Andy Teh terus diberi peluang membawakan watak antagonis bernama Sachai di dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah terbitan Kembara Studio.

Sachai adalah ketua samseng dari Tanah Besar China yang turut membantu Kapten Syers dan Jalak Pengkor dalam usaha menangkap Tok Gajah dan menghalangnya daripada mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan Melayu di Terengganu.

Dalam hantaran terbaharunya, Andy Teh berseloroh dengan pengikutnya dan bertanya sama ada mereka terjumpa gigi emas 24 karat yang dipakainya saat menjadi Sachai.

“Ada terjumpa gigi emas 24 karat Sachai? Bila tengok filem Pendekar Awang kat pawagam nanti, tolong carikan ya,” tulisnya.

Andy turut memuat naik proses bagaimana jurumekap menyoleknya serta mewarnakan sebatang dua giginya menjadi gelap dan sebahagian pula dengan gigi berwarna emas.

Mengenai wataknya sebagai Sachai, Andy menjelaskan, antara aksi stunt yang sukar dan menakutkan untuk dia laksanakan di dalam filem epik tersebut adalah memanah sambil berpusing ke belakang.

“Nampak senang, tapi bukan untuk Andy. Terima kasih kepada jurulatih, Panah Lagenda dengan ketepatan dia memanah,” katanya.

Sementara untuk babak lawan pula, Andy mengakui dia sangat berhati-hati untuk melakukan ketepatan serangan supaya tidak terpukul stuntman.

“Tapi, apa yang menjadikan Sachai nampak lebih hebat adalah reaksi stuntman kita iaitu Aliff dan Chem. Kredit harus diberikan kepada mereka. Terima kasih,” katanya.

Apapun, kerjaya lakonan Andy dalam filem nampaknya semakin menyerlah sejak akhir-akhir ini dan tidak mustahil banyak lagi tawaran yang akan datang kepadanya selepas ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Andy yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Elitez Mixed Martial Arts Fitness telah membuka cawangan terbaharu akademi seni mempertahankan diri. – 25 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related