HEADLINES

Saya baik-baik sahaja, apa yang dikata orang itu semuanya fitnah: Hafiz Suip

Menerusi akaun TikTok miliknya, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip menempelak mereka yang sengaja mencetuskan spekulasi mengenai kehidupannya

8:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Semuanya baik-baik sahaja, alhamdulillah saya sihat’.

Demikian kata penyanyi, Hafiz Suip kepada Scoop menjawab segala tohmahan terhadap dirinya sejak kebelakangan ini.

Dikata sudah tidak hidup sebumbung dengan isteri termasuk didakwa ‘mengambil barang’, Hafiz dengan tegas mengatakan semuanya itu fitnah.

“Biasalah fitnah akhir zaman, lebih dahsyat daripada Yahudi.

“Alhamdulillah saya sihat di samping keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sejak kebelakangan ini nama Hafiz yang juga juara Akademi Fantasi musim ketujuh (AF7) menjadi sebutan ramai dengan pelbagai cerita mengenai rumah tangganya.

Menerusi akaun TikTok miliknya, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip menempelak mereka yang sengaja mencetuskan spekulasi mengenai kehidupannya.

Bapa kepada dua anak itu turut mengingatkan agar jangan menyibuk hal rumah tangga mahupun peribadi orang lain.

Terdahulu Hafiz memberitahu dia akan berpindah semula untuk menetap di kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

Dalam pada itu, ibunya, Halizawati Mohd Salleh berkata, apa yang berlaku terhadap Hafiz ketika ini adalah satu dugaan hidup buat anaknya itu.

“Dugaan, kita doakan yang baik-baik,” katanya ringkas.

Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy Jesreel Abdullah pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata. – 31 Mei, 2024

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related