◉ HEADLINES

Sizzling noodles diterjemah sebagai mi desir, ini reaksi netizen

DBP menyiarkan beberapa terjemahan bagi istilah-istilah Bahasa Inggeris melalui segmen Peka Bahasa

5:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini mengeluarkan terjemahan atau istilah Bahasa Melayu bagi ‘sizzling noodles’ yang menjadi antara makanan kegemaran ramai.

Menurut DBP, maksud makanan itu dalam Bahasa Melayu adalah ‘mi desir’.

Namun terjemahan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, malah ada yang membuat jenaka daripada perkataan berkenaan.

Tak kurang yang baru sahaja mengetahui terjemahan tersebut ke dalam Bahasa Melayu setelah sekian lama ‘selesa’ dengan sebutan ‘sizzling noodles’.

“Dulu-dulu panggil mi menggelegak,” komen Baasit Shahrin.

Ada juga pengguna media sosial yang mengaitkan perkataan ‘desir’ itu dengan lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian Rossa yang ada menyebut perkataan tersebut.

Baru-baru ini DBP menyiarkan beberapa terjemahan bagi istilah-istilah Bahasa Inggeris melalui segmen Peka Bahasa.

Antara terjemahan tersebut adalah ‘bungee jumping’ (terjun lelabah); ‘stir fry’ (goreng kilas) dan ‘parboil’ (separa rebus). – 25 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

Iran women’s football team may stay longer in Malaysia as AFC seeks safe options

The Asian Football Confederation says the Iran women’s national team could remain in Malaysia temporarily while authorities explore safe arrangements, after concerns over the players’ safety following the 2026 AFC Women’s Asian Cup in Australia

◉ Related