HEADLINES

ICJ arah Israel patuhi enam langkah utama hentikan pembunuhan di Gaza

Malaysia menantikan prosiding seterusnya yang akan meneliti dakwaan genosid yang dilakukan oleh Israel.

12:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menetapkan enam langkah utama yang perlu dipatuhi Israel bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Semenanjung Gaza.

Ia diperincikan ICJ menerusi perintah yang diputuskan susulan tuntutan difailkan Afrika Selatan terhadap kekejaman dilakukan rejim zionis itu.

Langkah-langkah tersebut adalah:
(i) Mencegah genosid di Gaza, selaras dengan tanggungjawabnya di bawah Konvensyen Genosid;
(ii) Memastikan tentera Israel tidak lagi melakukan sebarang tindakan genosid;
(iii) Mencegah dan menghukum sebarang hasutan ke arah genosid;
(iv) Membenarkan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan untuk memasuki Gaza;
(V) Menghalang pemusnahan dan memastikan pemeliharaan bukti yang berkaitan dengan dakwaan genosid; dan
(VI) Mengemukakan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil untuk melaksanakan perintah tersebut dalam tempoh satu bulan.

Keenam-enam langkah itu mendapat sokongan hampir seluruh panel hakim termasuk Presiden ICJ, Joan Donoghue dan Naib Presiden, Kirill Gevorgian.

Dalam pada itu, Wisma Putra dalam kenyataannya memaklumkan, pendirian Malaysia agar Israel bertanggungjawab di atas kekejaman, jenayah terhadap kemanusian dan genosid yang dilakukan ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza telah disokong oleh keputusan ICJ itu.

Katanya, mahkamah juga telah memutuskan bahawa Israel mesti membenarkan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan segera ke Gaza, selaras dengan seruan Malaysia agar penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dapat dilakukan tanpa sebarang halangan.

“Malaysia menyambut baik keputusan ICJ dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948, yang mengarahkan agar Israel segera mengambil langkah-langkah seperti dinyatakan,” katanya.

Menurut Wisma Putra, Malaysia menantikan prosiding seterusnya yang akan meneliti dakwaan genosid yang dilakukan oleh Israel, dan akan terus menyokong permohonan Afrika Selatan di ICJ.

“Malaysia mengulangi gesaannya agar Palestin diterima sebagai Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan diktiraf sebagai sebuah negara merdeka dan bedaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara,” katanya. – 27 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related