HEADLINES

Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor

Baginda akan menggunakan gelaran kehormatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

11:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan itu diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dengan nasihat Jumaah Majlis Diraja Johor dan kuasa serta kehendak Fasal 9(1)(d) dan (3) Undang Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, pelantikan itu berterusan selama Sultan Ibrahim menjalankan tanggungjawab sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim, Sultan Yang DiPertuan bagi negeri dan jajahan takhluk Johor Darul Ta’zim dengan nasihat Jumaah Majlis DiRaja dan dengan kuasa dan kehendak Fasal 9 (1) (d) dan (3) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 berkenan melantik Waris Takhta Kerajaan Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor pada hari ini.

“Pelantikan ini hendaklah berterusan untuk selama Sultan Johor menjalankan kerja-kerja Yang Di-Pertuan Agong. Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga berkenan gelaran kehormatan bagi Pemangku Sultan ialah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor” atau DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

“Gelaran kehormatan ini hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan, termasuk persuratan, ucapan dan doa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Istiadat pelantikan berlangsung di hadapan Sultan Ibrahim di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru, pada jam 10 pagi.

Sultan Ibrahim akan ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-17 pada Rabu ini.

Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari ini. – 28 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related