HEADLINES

Syarikat dengan pendapatan tahunan bawah RM1 juta dikecualikan e-invois: PM

5:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta berkuat kuasa 1 Januari 2026, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

“Paras ambang awal sebanyak RM500,000 telah dinaikkan kepada RM1 juta. Ini bermakna syarikat kecil tidak lagi perlu melaksanakan e-invois,” katanya ketika berucap pada Majlis Sentuhan Madani Bersama Rakyat Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau berkata, masalah mengenai e-invoice dibangkitkan terutama dari peniaga-peniaga kecil termasuk di kawasan bandar yang dianggap menambahkan beban.

Bagi syarikat besar, kata Anwar, mereka mempunyai keupayaan mencatat keuntungan lebih baik dan e-invoice secara profesional tapi bagi syarikat-syarikat kecil dan sederhana, ia dianggap menambah beban dan kos.

“Saya dengar (rungutan) sebab itu saya tak boleh umum masa kempen, kerana itu bertentangan dengan peraturan.

“Saya hanya boleh menyebut kita telah mengarahkan supaya Kementerian Kewangan mengkaji semula dan kita kaji dalam masa singkat.

“Dan semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri sudah putuskan bahawa nilai ambang pengecualian RM500,000 itu dibatalkan dan dinaikkan RM1 juta minima jadi maknanya syarikat-syarikat kecil tidak perlu lagi dipaksa e-invois,’’ katanya. – 6 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Related