HEADLINES

DAP sepatutnya lebih sensitif terhadap perasaan orang Melayu: Zaid Ibrahim

Nga Kor Ming harus berbincang dengan wakil Melayu terlebih dahulu susulan cadangannya mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco

11:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – DAP sepatutnya lebih sensitif terhadap perasaan orang Melayu susulan cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Perkara itu ditegaskan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang mahu Kor Ming berbincang terlebih dahulu dengan wakil Melayu sebelum ‘melepaskan’ cadangan berkenaan yang telah menimbulkan kontroversi.

“Bezanya pemimpin sekarang dan yang dahulu ialah pemimpin dahulu kita saling mempercayai antara satu sama lain dan mereka seperti sebuah keluarga.

“Jika mereka mahukan ‘konsesi’ tertentu daripada pihak lain, mereka akan menjemput semua pihak untuk berbincang. Mereka tidak berminat untuk mengambil kesempatan daripada yang lain. Saya rasa mereka lebih ikhlas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaid menambah, dalam isu melibatkan Unesco itu, ada enam lagi yang boleh dipertimbangkan dalam senarai tentatif dan tidak menimbulkan kontroversi.

Katanya, tapak Unesco dikhaskan sama ada untuk tapak semula jadi, bersejarah atau tapak kebudayaan.

“Gua Mulu dan Melaka, contohnya. Ia termasuk Royal Belum dan Sungai Buloh Leprosarium. Mengapa tidak mencalonkan senarai-senarai ini?

“Di sinilah DAP sepatutnya lebih sensitif terhadap perasaan orang Melayu. Walaupun anda ingin menambah kampung baru (sememangnya sesetengah daripadanya mempunyai tarikan kebudayaan), Kor Ming harus berbincang terlebih dahulu.

“Bukannya mengajak mereka (orang Melayu) berbincang selepas memulakan kontroversi,” katanya.

Semalam, bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan Kor Ming sebagai pemimpin yang ‘politically tone-deaf’ (tidak peka dengan situasi atau sesuatu sejarah) susulan cadangannya itu.

Beliau berkata, kenyataan pemimpin DAP itu seolah-olah menunjukkan ketidakpekaannya mengenai sejarah asal-usul penubuhan Kampung Baru Cina ketika zaman pemerintahan British dahulu.

Sebelum ini, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan mencadangkan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Pengiktirafan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Unesco membolehkan kampung itu diangkat sebagai warisan kebudayaan Malaysia.

Cadangan itu turut mendapat respons Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memberitahu, cadangan itu bukan satu usaha yang mudah kerana perlu dibawa ke meja rundingan untuk dilaksanakan termasuk ke Kabinet dan Parlimen.

“Ia perlu perundingan dan perlu dibawa ke Kabinet… dan jika perlu ia perlu dibawa ke peringkat Parlimen untuk dibahaskan.

“Umno merasakan tidak ada keperluan untuk mewujudkan Kampung Baru (Cina) sebagai satu tapak Unesco,” katanya. – 13 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

[WATCH] ‘I’m not chasing money’: Shahmalarani Chandran on life in non-Olympic sport and the cost of elite commitment

National karate athlete Shahmalarani Chandran has opened up about the financial challenges faced by athletes in non-Olympic sports in Malaysia, saying her journey has been driven by passion, discipline and personal growth rather than financial reward, as she continues to balance elite competition with coaching and teaching responsibilities

Related