HEADLINES

Aktiviti ternak babi di Pulau Pinang dipercayai punca pencemaran hulu Sungai Kulim: JAS Kedah

Siasatan di kawasan hulu Sungai Kulim menemukan aliran air berwarna hitam dari Sungai Air Merah yang terletak bersempadan antara Kedah-Pulau Pinang telah memasuki Sungai Kulim

12:59 PM MYT

 

ALOR SETAR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menyiasat kejadian pencemaran di hulu Sungai Kulim yang dipercayai berpunca daripada aktiviti penternakan babi di perkampungan Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah, dekat Pulau Pinang.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan pencemaran itu menerusi sistem ‘Notification of Pollution Event’ (NPE) Tahap 1 pada 11 pagi, Jumaat lalu.

“Maklumat bacaan bagi parameter amoniakal nitrogen (NH3-N) yang direkodkan adalah 2.91152 miligram seliter (mg/L) dan melebihi had yang ditetapkan. Sehubungan itu, sepasukan pegawai penyiasat daripada Cawangan Kulim telah digerakkan bagi mengesan punca pencemaran.

“Semakan rekod inventori dan siasatan di lapangan meliputi kawasan hulu Sungai Kulim kemudiannya telah dijalankan, dan hasilnya menemukan aliran air berwarna hitam dari Sungai Air Merah yang terletak bersempadan antara Kedah-Pulau Pinang telah memasuki Sungai Kulim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan penyiasat kemudian telah menyusuri Sungai Air Merah dan melakukan pemantauan menggunakan dron di sepanjang sungai berkenaan.

“Pemantauan melalui dron di sepanjang Sungai Air Merah telah mengesan punca pelepasan air hitam itu yang disyaki berpunca daripada pelepasan efluen atau air sisa daripada aktiviti penternakan khinzir di perkampungan Sungai Lembu.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan penternakan khinzir menemukan beberapa kolam yang melepaskan efluen ke Sungai Air Merah yang kemudiannya memasuki Sungai Kulim. Jarak antara kawasan penternakan ke pertemuan Sungai Air Merah-Sungai Kulim adalah tiga kilometer (km),” katanya.

Keadaan kolam di ladang ternakan babi di Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang disyaki menjadi punca pencemaran di Sungai Air Merah dan Sungai Kulim. – Gambar ihsan JAS Kedah

Menurut Sharifah Zakiah, terdapat Loji Rawatan Air Toh Allang di Sungai Kulim (di Pulau Pinang) yang membekalkan air bagi Pulau Pinang dan loji itu terletak 7km dari pertemuan Sungai Kulim dan Sungai Air Merah.

Beliau berkata, hasil siasatan itu telah dimaklumkan kepada JAS Pulau Pinang untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa di Pulau Pinang seperti Jabatan Veterinar dan Badan Kawal Selia Air.

“Semua pihak digesa untuk tidak melakukan pencemaran sungai kerana ia boleh menyebabkan loji air ditutup dan menjejaskan bekalan air,” katanya. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related