HEADLINES

Lelaki ditahan bantu siasatan pukul ibu, anak saudara

Kejadian menyebabkan ibu suspek cedera di muka manakala anak saudaranya cedera di tangan, bahu kanan serta bahagian belakang kepala

5:19 PM MYT

 

KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul ibu dan anak saudara perempuannya menggunakan penyapu dan topi keledar di hadapan sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Mentakab, dekat Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pagi tadi, berhampiran rumahnya kerana dikatakan telah melarikan diri dengan menunggang motosikal selepas kejadian pada 4.30 petang semalam. 

“Suspek yang tidak bekerja dipercayai memukul tangan kanan anak saudaranya dengan menggunakan penyapu semasa mangsa datang ke rumah itu bersama ibu suspek dan seorang wanita Indonesia untuk membersihkan rumah. 

“Tindakan suspek menyebabkan mangsa bertindak keluar dari rumah, namun suspek didakwa mengikut mangsa sebelum memukulnya di belakang kepala dan badan menggunakan topi keledar di hadapan rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mazlan berkata ibu suspek yang berusia 77 tahun cuba membantu mangsa yang berusia 31 tahun dengan memukul suspek menggunakan penyapu, namun suspek dikatakan merentap penyapu itu yang kemudiannya digunakan untuk memukul muka ibunya.

Kejadian menyebabkan ibu suspek cedera di muka manakala anak saudaranya cedera di tangan, bahu kanan serta bahagian belakang kepala. 

Mazlan berkata siasatan awal mendapati lelaki terbabit tinggal di rumah itu selepas ibunya memilih untuk keluar dan menetap di rumah anaknya yang lain yang terletak di taman perumahan berhampiran rumah berkenaan. 

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat motif suspek berbuat demikian dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan  yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related