‘Kita tak abai, ambil ringan kejatuhan ringgit’: PM

Anwar berkata, kejatuhan ringgit ketika ini tidak sama dengan situasi semasa krisis kewangan Asia 1998

11:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak adil untuk membandingkan kejatuhan nilai ringgit ketika ini dengan situasi semasa krisis kewangan Asia 1998.

Menurut beliau, kedua-dua situasi itu amat berbeza dan kerajaan sama sekali tidak mengabaikan atau mengambil ringan kejatuhan nilai ringgit ketika ini.

“Ia amat membimbangkan dan kita sedang menelitinya. Tetapi anda (perlu) lihat pada keseluruhan… anda lihat pelaburan tertinggi dalam sejarah. Pertumbuhan ekonomi kekal berbanding negara jiran.

“Jadi saya fikir lihat gambaran menyeluruh dan kapasiti negara untuk berkembang. Apa yang paling saya yakinkan adalah angka pelaburan. Jika dibandingkan dengan 1998, ketika itu ringgit turun, inflasi meningkat, pengangguran meningkat dan tiada pelaburan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Tun Razak Exchange (TRX) sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa di sini, hari ini.

Sebelum ini, Anwar dikritik kerana didakwa enggan menjawab soalan berkaitan ringgit, sebaliknya menyerahkan kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi penjelasan mengenainya.

Mengulas lanjut Anwar berkata, pada tempoh hari, maklum balas beliau adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sepatutnya mengeluarkan kenyataan penting mengenai pelaburan dan perdagangan dan Gabenor BNM mengeluarkan kenyataan mengenai ringgit.

Perdana Menteri menjelaskan, situasi 1998 semasa Malaysia terkesan akibat krisis kewangan Asia tidak sama dengan apa yang berlaku sekarang. – Alif Omar/Scoop, 23 Februari, 2024

“Dan saya dikritik kerana berkata sedemikian. Ringgit ada kesan dialah. Saya tidak mahu menggatakan ia tidak harus dipantau oleh Bank Negara. Tetapi eksport itu baik kerana saya jumpa syarikat pengeksport, dia sangat senang tetapi sebaiknya ringgit itu agak terkawal.

“Tapi kenapa harus dilihat hanya dari segi ringgit dan dibandingkan dengan 1998 kerana seperti mana yang saya sebut tadi ringgit jatuh, pelaburan jatuh, inflasi naik… jadi tak sama.

“Sekarang ini, angka terakhir bagi pelaburan kita yang diumumkan semalam selepas mesyuarat Majlis Pelaburan Negara tertinggi dalam sejarah pelaburan Malaysia. Kalau keyakinan itu kurang kerana ringgit, dia tidak akan ada pelaburan tertinggi dalam sejarah ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan tidak ada pelan kontigensi untuk mengawal ringgit tetapi akan terus memantau situasi tersebut dari semasa ke semasa.

“Tidak ada (pelan kontigensi). Dan semalam mesyuarat pelaburan, hari ini (pelancaran) TRX dan petang ini Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) dan kita akan terus pantau hari-hari termasuk kos sara hidup kerana dalam perbincangan apa pun kita harus beri tumpuan kepada kesan kehidupan rakyat,” katanya. – 23 Februari 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related