◉ HEADLINES

Selangor bakal umum pelan pembangunan semikonduktor galak ekosistem, tambah pelabur

Sze Han memaklumkan bahawa sejak 2021 hingga September 2023, RM47.57 bilion modal pelaburan asing masuk ke Selangor

1:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selangor akan mengumumkan pelan rancangan pembangunan industri semikonduktor dalam masa terdekat, bagi menyediakan ekosistem lebih baik dan setanding negeri lain.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri, Ng Sze Han berkata, pelan itu bukan sahaja membabitkan semikonduktor, malah bidang Intergrated Circuit (IC) Design atau Rekabentuk Litar Bersepadu.

Katanya, beliau yakin rancangan itu akan mampu menarik semakin banyak pelabur semikonduktor yang lebih berkualiti berimpak tinggi ke Selangor.

“Ini akan membantu Selangor untuk mengadakan ekosistem setanding dengan negeri lain.

“Ini (pelan) akan diumumkan Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) tidak lama lagi, tunggulah berita baik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Negeri Selangor bagi menjawab persoalan dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) semalam yang turut mengumumkan negeri berkenaan jatuh di tangga ketiga tahun ini, berbanding tangga kedua pada tahun sebelumnya.

Justeru, Azmin bertanya apakah langkah kerajaan Selangor untuk memastikan beberapa sektor, antaranya sektor digital dan sektor kecerdasan buatan (AI) dapat dibawa masuk ke Selangor seperti dicapai Pulau Pinang serta Johor.

Mengulas lanjut, Sze Han yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara berkata, sebahagian besar semikonduktor yang masuk ke Pulau Pinang disebabkan ekosistem di negeri berkenaan adalah lebih lengkap.

“Jadi di Selangor tadi saya dah sebut kita akan mengumumkan satu pelan rancangan untuk membangunkan industri semikonduktor tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, dalam pembentangannya, Sze Han turut memaklumkan bahawa sejak tiga tahun lalu, iaitu dari 2021 hingga September 2023, sejumlah RM47.57 bilion modal pelaburan asing masuk ke Selangor.

“Daripada jumlah ini, RM21.53 bilion adalah bagi sektor pembuatan dan selebihnya, iaitu RM26.04 bilion sektor perkhidmatan.

“Secara keseluruhan jumlah modal pelaburan asing ke Selangor pada tiga tahun tersebut adalah RM1.99 bilion pada 2021, RM30.17 bilion (2022) serta RM15.05 bilion (2023) dan ini adalah angka hingga September 2023,” katanya. – 1 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related