HEADLINES

Yusuf Islam buat penampilan istimewa pada Syarahan Madani

Perdana Menteri berkata, Yusuf adalah seorang daie yang memperjuang keamanan dan menggunakan dakwah sebagai senjata ampuh

11:23 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pemuzik tersohor Britain, Yusuf Islam yang sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens, hari ini membuat penampilan istimewa sebagai penceramah jemputan pada majlis Syarahan Madani di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam ucapan alu-aluan beliau berkata, Yusuf adalah seorang daie yang memperjuang keamanan dan menggunakan dakwah sebagai senjata ampuh serta bertukar-tukar pandangan dengan pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej sebenar Islam.

“Hari ini kita amat bertuah dengan kehadiran Yusof Islam, bagi saya beliau adalah seorang individu yang hebat serta mengagumkan.

“Beliau memiliki keberanian serta komited melaksanakan tanggungjawabnya dengan begitu gigih. Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, semasa dunia dilanda malapetaka yang tragik, beliau masih menyampaikan mesej yang amat positif dek kerana komitmennya yang begitu utuh terhadap Islam,” kata Anwar.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Anwar berkata, tradisi majlis Syarahan Madani akan diteruskan dengan penceramah jemputan bukan sahaja dari dalam tetapi juga luar negara.

“Alhamdulillah, kita mempunyai tradisi ini untuk menimba ilmu dan belajar tentang dakwah di kediaman rasmi Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, dalam ceramah beliau, Yusuf menceritakan perjalanan hidupnya ketika mencari ilmu tentang Islam bagi mendalami ajaran serta prinsip-prinsip agama suci ini.

Turut dikongsi bagaimana Yusuf terpaksa bergelut menepis prejudis dan sikap berat sebelah masyarakat sekeliling yang akhirnya membawa beliau mencari ketenangan serta bimbingan daripada ayat-ayat suci al-Quran.

Di sebalik cabaran yang terpaksa dihadapi dalam komuniti Islam, beliau menegaskan bahawa prinsip-prinsip Islam adalah kekal relevan sepanjang zaman terutama dalam aspek melindungi hak asasi manusia dan menjaga bumi. – 1 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Property overhang trend in Penang tapers, but long-term solutions remain crucial: Experts

Industry observers call for targeted interventions to resolve the state's housing glut problem

Related