◉ HEADLINES

Himpunan Mega Demi Palestin berlangsung aman: Polis

Lebih 1,000 peserta melaungkan ‘bebaskan Palestin’ sepanjang berarak dari Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke Padang Merbok, Jalan Parlimen sebagai tanda solidariti

8:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Himpunan Mega Demi Palestin yang diadakan di sekitar ibu negara petang ini berlangsung dengan aman, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Beliau berkata, tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang perarakan himpunan berkenaan yang bermula di hadapan Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan berakhir di Padang Merbok di Jalan Parlimen.

“Polis menempatkan anggota secukupnya bagi mengawal keadaan semasa perhimpunan berkenaan dan sehingga peserta himpunan bersurai pada 6 petang tadi, tiada apa-apa insiden tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dianggarkan 1,000 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia menyertai himpunan bermula 2 petang, bergerak melalui beberapa jalan utama di ibu kota antaranya Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang dan Bulatan Dato Onn.

Tinjauan di lokasi perhimpunan mendapati orang ramai melaungkan slogan antaranya #demipalestin, #fromrivertheseaPalestinewillbefree dan #ceasefire bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin dan mengutuk kekejaman pemerintahan negara Israel.

Bendera Palestin dikibar, manakala sepanduk seperti #freepalestin dan #gencatansenjata serta laungan ‘bebaskan Palestin’ bergema sepanjang peserta berarak ke Padang Merbok. – Gambar Bernama, 2 Mac, 2024

Kibaran bendera Palestin, sepanduk plakad seperti #freepalestin dan #gencatansenjata serta laungan ‘bebaskan Palestin’ bergema sepanjang jalan menuju ke Padang Merbok.

Seorang daripada peserta perhimpunan dikenali sebagai Aziz Abdul Rahman, 55, berkata, penyertaannya dalam perhimpunan itu sebagai tanda protes kepada kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Katanya, ia adalah platform terbaik untuk menyatakan bantahan kepada sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terus melakukan pembunuhan terutama kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Bagi Adriana Ahmad, 31, perhimpunan itu bukan hanya menggambarkan kedudukan Malaysia yang terus menyokong Palestin tetapi ia suara umat Islam di seluruh dunia menentang penindasan terhadap rakyat Palestin. – 2 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related