HEADLINES

Malaysia sedia buka semula kes MH370: PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah isu yang memberi kesan terhadap kehidupan rakyat dan apa sahaja yang perlu dilakukan, harus dilakukan

2:54 PM MYT

 

MELBOURNE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, Malaysia bersedia membuka semula siasatan berhubung insiden kehilangan pesawat bagi penerbangan MH370 Malaysia Airlines hampir sedekad lepas sekiranya ada bukti baharu dan kukuh.

“Mengenai insiden membabitkan (MH) 370, kami telah mengambil pendirian bahawa jika ada bukti kukuh yang memerlukan kes itu dibuka semula, kami pasti akan berbuat demikian.

“Saya dengan sukacita bersedia membuka semula kes ini… Ia adalah isu yang memberi kesan terhadap kehidupan rakyat dan apa sahaja yang perlu dilakukan, harus dilakukan,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Melbourne sempena lawatan rasmi beliau ke Australia.

Sidang media itu mendahului Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia (ALM) Kedua, yang buat julung kalinya berlangsung secara bersemuka antara pemimpin dan pegawai tinggi kedua-dua negara sejak ia diperkenal pada 2021.

Tarikh 8 Mac ini adalah ulang tahun ke-10 tragedi kehilangan pesawat malang itu.

Penerbangan MH370 Malaysia Airlines, yang membawa 239 penumpang dan kru, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Albanese pula mengakui, beliau memahami kesedihan dan kesengsaraan yang dialami oleh ahli keluarga mangsa.

“Kami memahami bahawa ini adalah saat yang begitu sukar kepada ahli keluarga mangsa kerana mereka gagal mendapat kepastian dengan misi pencarian yang berjaya. Ia amat sukar,” katanya. – 4 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

National Unity Ministry sec-gen lodges police report over graft allegations

Viral posting claims Datuk Azman Mohd Yusof orchestrated price markups, received kickbacks

No smoke from fires crossing into neighbouring nations, Indonesia reiterates

Indonesia has doubled down on its assertions that none of its smoke haze arising from forest and land fires has reached its neighbouring countries.

Anti-graft rally in KL draws mostly students, ends peacefully 

Small crowd of over 200 youths march the streets to Dataran Merdeka without police intervention

Related