HEADLINES

Polis siasat Chegubard, Muhammad Zahid pertikai kenderaan mewah kurniaan Agong kepada PM

Kedua-dua individu tersebut akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat

3:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan terhadap Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, berhubung kenyataan beliau yang didakwa berbaur hasutan berkaitan kereta kurniaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 itu turut dibuka terhadap Muhammad Zahid Md Arip, yang juga bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan ini dan kedua-dua individu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang baharu, Datuk Khaw Kok Chin daripada Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang baharu, Mohd Kamarudin daripada Datuk Seri Hazani Ghazali di sini.

Mengenai notis merah terhadap menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, Razarudin berkata, pihaknya telah menghantar maklumat tambahan seperti yang diminta oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

“Kini polis hanya menunggu maklum balas lanjut daripada pihak Interpol berhubung notis merah berkenaan,” katanya.

Mengulas penggunaan kamera badan oleh anggota polis di lapangan, beliau berkata pihaknya menjangka menerima perkakasan itu pada Oktober ini.

“Diharapkan dengan penerimaan 7,648 unit kamera badan ini sekurang-kurangnya dapat menghindar tohmahan terhadap warga PDRM selain menjadikan pegawai dan anggota kita lebih bertanggungjawab,” katanya. – 4 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related