HEADLINES

Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 didakwa esok

Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 37 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

9:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori yang menolak kekasihnya dari balkoni di tingkat 23 dalam kejadian di sebuah kondominium di Setia Alam, Shah Alam akan didakwa di Mahkamah Majistret esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 37 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Shah Alam pada jam 9 pagi esok,” katanya kepada Scoop.

Pada 28 Februari lalu, seorang wanita warga Thailand maut ditolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, Shah Alam.

Suspek berjaya diberkas selepas kejadian dan direman pada 29 Februari lalu bagi membantu siasatan kes.

Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

Malah, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek juga positif dadah jenis kanabis.

Sebelum itu, tular video mengenai insiden pergaduhan membabitkan pasangan itu yang dikongsi pengguna media sosial dipercayai penduduk di kawasan sama.

Dalam video itu, kedengaran suara lelaki terbabit sedang mengamuk.

Kemudian, video kedua memaparkan pemandangan di tepi balkoni, dengan kedengaran suara seorang wanita menjerit seperti ketakutan.

Wanita itu juga kedengaran seolah-olah merayu supaya dia tidak terus dikasari.

Beberapa saat kemudian, terlihat kelibat wanita itu jatuh sambil menjerit daripada balkoni berkenaan sebelum bunyi tubuhnya ‘menghentam’ lantai bersebelahan kolam renang. – 7 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Related