HEADLINES

Kadar zakat fitrah di Perak ditetapkan RM8, RM16, RM24

Bayaran zakat fitrah boleh dilaksanakan melalui amil sama ada di masjid, surau, lokasi tumpuan orang ramai atau secara dalam talian

10:35 AM MYT

 

IPOH – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, melalui perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM8, RM16 dan RM24 seorang tahun ini.

Pegawai menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Wan Maizura Wan Zahari berkata, kadar RM8 itu ialah bagi yang menggunakan beras special tempatan (5% hancur dan ke bawah) dan yang seumpama/setara.

“Bagi beras super import, beras perang, beras wangi dan yang seumpama/setara kadar bayaran ialah RM16 manakala beras basmathi, beras pulut dan yang seumpama/setara, kadarnya RM24,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tahun lepas, kadar zakat fitrah bagi ketiga-tiga pilihan penggunaan beras berkenaan ditetapkan masing-masing pada kadar RM7, RM14 dan RM21.

Wan Maizura berkata, kaedah bayaran zakat fitrah boleh dilaksanakan melalui amil zakat fitrah sama ada di masjid, surau, lokasi tumpuan orang ramai seperti kompleks beli-belah, pasar terbuka, stesen minyak dan premis perniagaan serta pejabat kerajaan atau swasta yang terpilih.

Kadar bayaran zakat fitrah di Perak bagi Tahun 1445 HIjrah/2024 Masihi. – Gambar ihsan MAIPk, 8 Mac, 2024

“Amil zakat fitrah bertemu secara langsung dengan pembayar. Kaedah ini boleh dilaksanakan oleh amil zakat fitrah dengan bergerak dari rumah ke rumah bagi memudahkan ahli kariah melaksanakan ibadah zakat fitrah terutama warga emas,” katanya.

Menurutnya bayaran zakat fitrah juga boleh dilakukan secara dalam talian menerusi medium Financial Process eXchange (FPX) MAIPk dengan melayari laman sesawang https://ezakat.maiamp.gov.my/, aplikasi GoPayZ, Shopee atau Maybank2u.

Pembayar boleh memuat turun penyata bayaran zakat fitrah menerusi sistem portal penyata zakat MAIPK di pautan https://online.maiamp.gov.my/zakatperak/ untuk simpanan dan cetakan.

Penyata bayaran zakat fitrah boleh diperoleh selepas tiga hari transaksi dibuat, katanya. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related