HEADLINES

Malaysia tidak layan tuntutan remeh United Tausug Citizens ke atas Sabah: Azalina

Ini merupakan percubaan terkini yang remeh dan tidak berasas oleh satu kumpulan untuk menuntut kedaulatan ke atas wilayah Malaysia dan untuk memeras wang secara tidak berasas daripada Malaysia

3:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai United Tausug Citizens (UTC) yang mendakwa sebagai “penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu” ke atas Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata UTC meminta kerajaan Malaysia untuk membuat pembayaran segera sebanyak US$15 bilion yang didakwa mereka sebagai “Cession Money’’ (Wang Penyerahan Wilayah) dan mengiktiraf UTC sebagai “Kerajaan yang berdaulat dan merdeka”, selain mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di Amerika Syarikat.

“Ini merupakan percubaan terkini yang remeh dan tidak berasas oleh satu kumpulan untuk menuntut kedaulatan ke atas wilayah Malaysia dan untuk memeras wang secara tidak berasas daripada Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina turut menekankan bahawa Malaysia berjaya mengetepikan cubaan serupa di seluruh Eropah oleh pewaris yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II berdasarkan tuntutan palsu yang dikeluarkan oleh penimbang tara Dr Gonzalo Stampa.

“Kesultanan Sulu sudah tidak wujud selama beberapa dekad dan tidak diiktiraf oleh mana-mana negara berdaulat atau organisasi antarabangsa,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa penjara enam bulan terhadap Stampa oleh Mahkamah Jenayah Madrid baru-baru ini, serta larangan daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun, adalah bukti penyalahgunaan jenayah terhadap proses timbang tara dan ketidakadilan yang dialami oleh Malaysia, hasil daripada kes tuntutan Sulu.

Beliau mengulangi kedudukan kukuh Sabah di dalam Malaysia, selain menegaskan bahawa kerajaan Malaysia menekankan bahawa penyertaan Sabah untuk menjadi sebahagian daripada  Malaysia adalah fakta undang-undang yang sudah ditetapkan sejak penyahjajahan pada 1963.

Sejak itu, Sabah menjadi sebahagian penting dari Malaysia.

Susulan perkembangan ini, Azalina menekankan bahawa sistem timbang tara perdagangan antarabangsa adalah mekanisme penting dalam penyelesaian pertikaian global dan ia harus dilindungi daripada percubaan tidak sah untuk menuntut negara berdaulat di bawah tuntutan timbang tara.

“Kerajaan Malaysia sedang aktif mencari semua penyelesaian undang-undang terhadap sebarang tuntutan remeh dan tidak berasas untuk mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara sepanjang masa,” katanya. – 9 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related