HEADLINES

‘Sangat positif’, proses mediasi McDonald’s saman BDS Malaysia RM6 juta disambung 30 April ini

Rangkaian makanan segera itu turut menuntut BDS Malaysia supaya mengeluarkan permohonan maaf atas kenyataan berunsur fitnah

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Proses mediasi antara McDonald’s Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO), Boycott, Divestment and Sanctions BDS (Boikot, Penjualan, Sekatan) Malaysia membabitkan saman fitnah sivil RM6 juta akan disambung pada 30 April ini.

Peguam BDS Malaysia, Datuk M Reza Hassan berkata demikian selepas sesi mediasi hari ini yang diadakan di kompleks mahkamah Shah Alam.

Katanya, beliau tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut mengenai proses tersebut hari ini, tetapi ia “sangat positif”.

Awal hari ini, Scoop melaporkan kehadiran penyokong anti-Israel yang berkumpul di luar kompleks mahkamah, memegang sepanduk dan melaungkan ‘Bebas, bebaskan, Palestin’ pagi tadi.

McDonald’s Malaysia sedang menjalani proses mediasi dengan BDS Malaysia selepas memfailkan saman terhadap NGO berkenaan sebanyak RM6 juta iaitu tuntutan jumlah kerugian hasil sebanyak RM3 juta, pampasan untuk pekerja yang diberhentikan (RM1.5 juta) dan tamat tempoh bahan (RM1.5 juta).

Rangkaian makanan segera itu turut menuntut BDS Malaysia supaya mengeluarkan permohonan maaf atas kenyataan berunsur fitnah.

Kempen boikot produk tersebut bermula selepas 7 Oktober tahun lalu, apabila gambar askar Israel sedang menikmati hidangan McDonald’s tular di media sosial.

Bagaimanapun, McDonald’s Malaysia, yang beroperasi di sini sejak 1982 berkata, pihaknya sentiasa telus dan konsisten dalam komunikasinya dan tidak menyokong atau membenarkan konflik semasa di Timur Tengah.

Operasi McDonald’s di sini dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd yang pada 2017 diambil alih sepenuhnya oleh syarikat Reza Group dari Arab Saudi dan rakan kongsi perniagaan tempatan. – 18 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related