HEADLINES

Kerajaan tidak sekat peruntukan kawasan pembangkang, wang ihsan ditambah, zalim macam mana?: Anwar

Menurut Perdana Menteri, bagi 2023 berdasarkan hasil petroleum, wang ihsan diberikan Persekutuan kepada Terengganu adalah RM786 juta, iaitu jauh lebih tinggi berbanding RM399 juta pada 2022

10:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan tidak pernah menyekat atau ‘pilih kasih’ dalam menyalurkan peruntukan kewangan kepada mana-mana negeri, termasuk kawasan diperintah parti pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana itu tidak diberikan melalui Ahli Parlimen, sebaliknya disalurkan terus untuk Kebajikan rakyat.

“Kita bagi melalui rakyat, kita tumpu kepada yang miskin, kalau miskin tegar saya tak kira dia ahli parti mana, dia di kawasan mana, kita bantu tanpa pilih-pilihan sama ada kamu atau agama atau kawasan atau parti mana.

“Jadi begitu juga yang disebut wang ihsan untuk Terengganu. Terengganu jumlah (rakyat) miskin ramai, maka kita bagi peruntukan lebih secara langsung kepada rakyat miskin, tidak melalui ahli parlimen,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang mendakwa kononnya Kerajaan Perpaduan menafikan hak Terengganu untuk mendapatkan peruntukan.

Ahmad Samsuri mendakwa, kerajaan pimpinan Anwar masih tidak menyelesaikan pembayaran royalti petroleum tahun lalu yang masih tertunggak kepada Terengganu.

Menurut Anwar, bagi 2023 berdasarkan hasil petroleum, wang ihsan diberikan Persekutuan kepada Terengganu adalah RM786 juta untuk keperluan bayaran gaji serta komitmen kontrak, iaitu jauh lebih tinggi berbanding RM399 juta pada 2022.

“Untuk 2023 kita tambah maknanya semasa PAS, Bersatu dalam kerajaan dengan kita dalam kerajaan, peruntukan masa kita lebih dripada masa Pas dan Bersatu.

“Agihan peruntukan untuk Belanja Pembangunan juga kita tingkatkan bagi negeri Terengganu, iaitu daripada RM1.55 bilion (2023) kepada RM1.59 bilion (2024).

“Zalim macam mana, kita tambah jadi RM413.64 juta dan untuk 2024 ada tambahan lagi,” katanya.

Anwar berkata, kritikan dilontarkan Ahmad Samsuri itu juga seolah-olah ‘cakap tidak serupa bikin’ memandangkan dahulu ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi pembangkang puluhan tahun, gabungan berkenaan tidak menerima apa-apa peruntukan daripada kerajaan.

“Saya dulu jadi pembangkang tak ada peruntukan pun termasuk (ketika) Umno, PAS dan Bersatu perintah, saya tak dapat tapi masa tu tak zalim, sekarang zalim (pula), jadi hukum dan fatwa itu boleh berubah ikut politik bukan ikut agama.

“Kalau zalim (masa tu), zalimlah sekarang, maknanya kamu (patut kata) saya dulu zalim jadi saya tak mahu Anwar sekarang zalim, okay lah saya terima kita boleh bincang, ini tak, (boleh pula kata) kami dulu adil walaupun tak bagi peruntukan kepada pembangkang, tapi kamu (Anwar) zalim,” sindirnya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, ahli parlimen pembangkang dahulu diberikan sebahagian peruntukkan hanya selepas ada rundingan dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Masa itu baru ada, sebelum itu tidak ada, tak bagi masa itu peruntukan saya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, gurau je, kita ni move on (bergerak ke depan), nak ungkit-ungkit benda lama buat apa, bulan puasa pula tu,” katanya. – 21 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related