HEADLINES

‘Jangan lempar batu, sembunyi tangan’, AMK gesa Akmal bertanggungjawab

Sejak isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart, Pemuda Umno berulang kali melaungkan gesaan boikot ke atas rangkaian kedai berkenaan di seluruh negara

12:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh, mengambil tanggungjawab atas ketegangan masyarakat yang masih berlarutan kesan kempen boikot yang dilancarkan terhadap kedai serbaneka KK Mart.

Ketua Penerangan AMK, Nabil Halimi berkata, seorang pemimpin politik harus meredakan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

“Kami sudah tegaskan sebelum ini bahawa, seorang pemimpin politik harus meredakan suhu api ketegangan kaum dalam masyarakat kita yang majmuk dan bukan sebaliknya.

“Namun, Dr Akmal seolah-olah masih berdegil dan sehingga kini beliau masih berdalih dan tidak mengakui kesan disebabkan keghairahan dan keterlanjurannya dalam isu ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nabil berkata, agama Islam harus ditegakkan dengan hikmah dan bukannya dengan kemarahan yang berlebihan.

“Janganlah kerana sikap melampau kamu, negara ini binasa,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin muda harus radikal menjadi penyatu idealisme bangsa Malaysia dan bukannya menjadi pemecah fabrik sosial.

“Justeru, AMK menyeru seluruh masyarakat untuk kekal bertenang serta beri ruang dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada polis menjalankan tugas mereka dalam menyelesaikan kes ini.

“Kekalkan keamanan dan kerukunan hidup aman damai yang sekian lama sudah menjadi asas dan kekuatan negara kita yang berbilang bangsa,” katanya.

Sejak isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart, Pemuda Umno berulang kali melaungkan gesaan boikot ke atas rangkaian kedai berkenaan di seluruh negara.

Ia bagi mempertahan kesucian agama Islam agar tidak dipersenda oleh mana-mana pihak. – 1 April, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related