◉ HEADLINES

Akmal ditahan di Kota Kinabalu, bukannya KL untuk selesai segera siasatan: Ketua Polis Negara

Pagi tadi, Dr Akmal ditahan di Kota Kinabalu, sejurus mendarat di sana bagi menghadiri program Kembara Ramadan di negeri itu

7:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan di Kota Kinabalu, Sabah awal hari ini, bukannya di Kuala Lumpur kerana polis menyasarkan untuk menyelesaikan siasatan mereka terhadap Ketua Pemuda Umno itu dalam tempoh tujuh hari.

Ketika ditanya mengapa Akmal tidak dapat memberikan keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini yang dijadualkan esok, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu Scoop bahawa ia adalah kenyataan dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu.

“(Mengenai Akmal memberi kenyataan di Dang Wangi esok) Itu dia cakap. Kita jalankan siasatan dan (kertas siasatan) mesti diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa tujuh hari.

“Lagi cepat kita selesaikan kes ini, lagi baik, kerana kami mempunyai lebih banyak kes menunggu untuk disiasat,” katanya.

Tambah Razarudin, polis menerima laporan terhadap Akmal semalam, justeru mereka dikehendaki memulakan siasatan hari ini.

“Kita terima laporan polis semalam, jadi kita perlu siasat (hari ini),” katanya.

Pagi tadi, Dr Akmal ditahan di Kota Kinabalu, sejurus mendarat di sana bagi menghadiri program Kembara Ramadan di negeri itu, bersama ahli Pemuda Umno Sabah.

Dr Akmal kemudian dibebaskan selepas selesai diambil keterangan sekurang-kurangnya dua jam di IPD Kota Kinabalu, tetapi dipanggil semula oleh polis tengah hari tadi.

Awal hari ini, Razarudin mengesahkan pihak berkuasa sedang menyiasat Dr Akmal di bawah Akta Hasutan 1948, serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung ucapan dan tindakannya mengenai isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart.

Sementara itu, Umno dan sayap pemudanya akan memberikan bantuan guaman kepada Dr Akmal berhubung kes penahanannya di Kota Kinabalu. – 5 April 2024

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

◉ Related