◉ HEADLINES

Lelaki warga Israel akan didakwa esok

Suspek yang masih dalam tahanan reman akan disambung reman bagi membantu siasatan

1:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pistol dan 200 peluru di sebuah hotel di sini pada 27 Mac lalu akan didakwa di mahkamah esok.

Sumber memaklumkan, lelaki itu akan ditahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Jelasnya, lelaki itu yang dalam tahanan reman akan dibawa ke mahkamah esok untuk pertuduhan.

“Sementara suspek yang masih dalam tahanan reman akan disambung reman bagi membantu siasatan,” katanya kepada Buletin Utama.

Pada 27 Mac lalu, lelaki warga Israel itu yang menggunakan pasport Perancis untuk masuk ke negara ini telah ditahan bersama pistol pelbagai jenis di sebuah hotel di Jalan Ampang. – 11 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related