HEADLINES

Alhamdulillah, biarlah undang-undang mengadilinya: Isteri suspek kes tembakan di KLIA

Suspek melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi kelmarin.

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Farah Md Isa, isteri kepada Hafizul Harawi, 38, meluahkan rasa lega apabila Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan memerintahkan suaminya ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan bermula hari ini.

Malah ibu kepada enam cahaya mata itu juga menyerahkan kepada undang-undang untuk mengadili perbuatan yang dilakukan Hafizul, suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi kelmarin.

“Alhamdulillah. Biarlah undang-undang yang mengadilinya,” katanya kepada Scoop, hari ini.

Awal hari ini, Majistret Rais Imran Hamid memerintahkan Hafizul yang ditahan semalam direman bermula hari ini sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Terdahulu, Hafizul yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kota Bharu pada 8.30 pagi dengan dikawal ketat polis.

Dia ditahan di Jalan Bayam pada 3 petang semalam selepas 36 jam melarikan diri.

Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Sebelum ini, Hafizul dipercayai melarikan diri ke utara tanah air selepas kejadian itu.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena Muhammad Nur Hadith.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian perut dan dilaporkan dalam keadaan kritikal dengan ditidurkan akibat kecederaan terbabit. – 16 April, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related