◉ HEADLINES

Suspek kes tembak KLIA direman 5 hari lagi

Reman terhadap Hafizul bermula esok sehingga Sabtu iaitu 27 April

10:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu, Hafizul Harawi disambung reman lima hari.

Reman terhadap Hafizul, 38, bermula esok sehingga Sabtu iaitu 27 April untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Terdahulu, Hafizul tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan dengan memakai baju lokap dan dikawal ketat polis di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada jam 8.35 pagi untuk permohonan sambung reman.

Ketika dalam perjalanan masuk ke mahkamah dia berulang kali memaklumkan menyayangi isterinya, Farah Md Isa atau lebih dikenali sebagai Ustazah Farah Cie.

“Assalamualaikum, Saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa, terima kasih,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Hafizul ditahan reman selama seminggu bermula 16 April sehingga hari ini.

Terdahulu suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan pada jam 3 petang, 15 April lalu.

Scoop sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek terbabit.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi. – 22 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

[UPDATED] BAC files for judicial review after 17 law grads barred from CLP exam

This as qualifying board has deemed them ineligible to sit for certificate as they had not spent at least a year of their degree in UK, as mandated by their course

Expanded quota: M-League clubs allowed to register 33 players for 2025–26 season

MFL adds three local player slots per team, citing absence of youth squads and MFL Cup

◉ Related