HEADLINES

7 wakil rakyat Bersatu ‘dinasihat’ tidak beri komen isu surat arahan, tunggu lepas 14 hari

Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, sebarang kenyataan hanya akan dikeluarkan selepas berakhir tempoh 14 hari yang diberikan oleh parti itu bagi membalas surat terbabit

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tujuh wakil rakyat parti Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ‘dinasihatkan’ supaya tidak memberikan sebarang komen berhubung surat arahan yang dikeluarkan oleh parti berkenaan.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, sebarang kenyataan mengenainya hanya akan dikeluarkan selepas berakhir tempoh 14 hari yang diberikan oleh parti itu bagi membalas surat terbabit.

“Mulai kelmarin, kita dinasihatkan supaya tidak memberikan komen. Dia (Bersatu) beri kami 14 hari, tunggulah selepas 14 hari nanti,” katanya ringkas kepada Scoop hari ini.

Semalam, difahamkan enam Ahli Parlimen Bersatu itu mengadakan pertemuan dengan peguam di ibu negara bagi mendapatkan nasihat undang-undang, sebelum mengambil langkah seterusnya terhadap arahan Bersatu itu.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin sudah menghantar surat mengandungi arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada tujuh wakil rakyat yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Adun Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari pula menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal turut mengunci mulut ketika dihubungi Scoop bagi bertanyakan hasil pertemuan bersama peguam semalam.

Syed Abu Hussin memaklumkan beliau kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

“Saya tidak hendak ulas mengenainya, saya tidak berapa sihat hari ini dan menjalani rawatan di hospital, nanti saya ulas lepas kesihatan bertambah baik,” katanya. – 21 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

TMJ slams ‘politically motivated’ FIFA ban on Malaysian players

Johor regent says FIFA’s sanctions against seven naturalised players were based on “misapplied laws” and driven by hidden agendas

Related