HEADLINES

Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Mohd Hasif dibenar keluar hospital

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak berkata Mohd Hasif Roslan stabil, boleh berjalan tanpa tongkat dan akan menerima rawatan berkala

2:28 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Anggota polis yang cedera ditembak di bahu dan pinggul dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini pada 17 Mei lepas sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak berkata Mohd Hasif Roslan, 38, yang dirawat selama sembilan hari di hospital berkenaan diberikan cuti selama dua bulan.

“Pastinya insiden itu menyebabkan trauma kepada Mohd Hasif dan dia juga telah mendapatkan rawatan kaunseling ketika di hospital… sekiranya perlu, sesi kaunseling akan diberikan lagi.

“Keadaannya kini stabil, boleh berjalan dan tidak memerlukan tongkat.. (bagaimanapun) dalam tempoh dua bulan dia akan terima rawatan berkala,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri Johor Kepada Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Johor, M. Kumar.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi itu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22 dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, meninggal dunia selepas diserang oleh seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang manakala Mohd Hasif ditembak.

Tujuh individu direman seminggu bermula 18 hingga 24 Mei lepas bagi membantu siasatan kes terbabit.

Mereka terdiri daripada lima ahli keluarga suspek dan dua pelajar yang turut berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata lima sekeluarga itu ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 selepas tempoh reman tamat. – 27 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related