HEADLINES

Sebutan inkues kematian Zara Qairina diadakan esok: peguam

Sebutan kes itu akan diadakan pada jam 9 pagi di Mahkamah Kota Kinabalu

3:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebutan Inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir akan diadakan esok di Mahkamah Kota Kinabalu.

Menurut peguam yang mewakili ibunya, Hamid Ismail, ia dijangka diadakan pada jam 9 pagi.

Bagaimanapun katanya, esok hanya untuk sebutan kes, bukan prosiding inkues, lapor Sinar Harian.

Pada 13 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues diadakan berhubung kematian pelajar tersebut dan keputusan dibuat selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Inkues itu diadakan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], bertujuan untuk menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.

Allahyarham Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 pada 17 Julai lalu, selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Rabu lalu, polis mendedahkan berlaku ketidakpatuhan pada prosedur siasatan di mana pegawai penyiasat (IO) tidak membuat permohonan untuk bedah siasat ke atas mayat Zara Qairina.

Berikutan itu, sepasukan pegawai polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan dihantar ke Sabah bagi merakam keterangan terhadap tiga pegawai kanan polis yang terlibat dalam siasatan awal kes terbabit.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Kertas Siasatan Tatatertib (KST) telah dibuka terhadap tiga pegawai berkenaan iaitu Ketua Polis Daerah berpangkat Superintenden, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah berpangkat Asisten Superintenden (ASP) dan pegawai penyiasat berpangkat Inspektor yang disyaki melakukan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan siasatan kes tersebut.

Sementara itu, laungan solidariti ‘Justice for Zara’ telah dilaungkan dengan himpunan diadakan di beberapa tempat seperti ibu kota, Labuan, Papar, Kinabatangan, Kota Belud, Ipoh dan Putrajaya.

Solidariti itu diadakan bagi menuntut keadilan terhadap kematian tragis pelajar tersebut serta bagi merungkai kebenaran insiden berkenaan. – 17 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related