HEADLINES

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues ini adalah bagi menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenalpasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina

3:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk mengadakan inkues berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Dalam kenyataannya hari ini, AGC berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Menurut AGC, ia selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

“Prosiding inkues ini bertujuan untuk menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.

“Proses ini akan dikendalikan oleh Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha akan ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan polis berhubung kes kematian Zara Qairina selesai.

KPM berkata, keputusan itu diambil susulan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes berkenaan.

Allahyarham Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 pada 17 Julai lalu, selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Sabtu lalu, jenazahnya digali semula berikutan arahan Jabatan Peguam Negara yang berpendapat siasatan lanjut yang lebih menyeluruh perlu dijalankan.

Proses bedah siasat jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar itu selesai dilaksanakan di HQE I dan jenazahnya dikebumikan semula pada awal pagi Isnin. – 13 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

Related