HEADLINES

2 maut, 82 lagi alami gejala selepas makan bihun, telur mata: JKNS

‘Holding sample’ makanan sudah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh bagi mengenal pasti punca sebenar kes keracunan makanan itu

5:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Daripada 247 mangsa yang terdedah, dua maut manakala 82 lagi mengalami gejala cirit-birit, sakit perut, demam, muntah dan loya selepas makan bihun dan telur mata yang disediakan untuk satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Chinchin, Gombak pada 8 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata, sebanyak 28 kes telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan tiada kes dimasukkan ke wad.

Menurutnya, kesemua mangsa terdiri daripada urus setia, guru, pekerja sekolah dan ahli keluarga berusia antara setahun tujuh bulan hingga 58 tahun.

“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerima satu laporan kejadian wabak keracunan makanan yang berlaku susulan Program Kemahiran Amal Islami (Kamil) Peringkat Daerah Gombak melibatkan 30 sekolah rendah yang diadakan pada 8 Jun lalu.

“Kes mengalami gejala selepas memakan sarapan pagi yang dibekalkan kepada guru dan urusetia program oleh pengendali makanan dari luar. Keracunan makanan disyaki berpunca daripada bihun goreng dan telur mata yang didakwa telah berubah rupa dan rasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang budak perempuan berusia dua tahun dan remaja 17 tahun maut, dipercayai akibat keracunan selepas memakan bihun dan telur mata yang dibawa pulang daripada sebuah sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gombak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.

Mengulas lanjur, Dr Ummi Kalthom berkata, dua mangsa yang meninggal dunia tanpa menerima sebarang rawatan daripada mana-mana fasiliti kesihatan.

“Kes pertama adalah seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dan kes kedua adalah kanak-kanak perempuan berumur 1 tahun 7 bulan.

“Kedua-duanya telah memakan makanan disyaki yang dibawa pulang oleh ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata, JKNS masih menjalankan siasatan bagi mengesan kes baharu dan tindakan kawalan serta pencegahan bagi mengawal kejadian itu sudah dijalankan.

Katanya, ‘holding sample’ makanan yang diambil pada hari kejadian sudah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Sungai Buloh bagi mengenal pasti punca sebenar kes keracunan makanan tersebut.

“Justeru, kami meminta individu terlibat yang mengalami gejala agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan bagi mengelakkan komplikasi keracunan makanan yang tidak diingini.

“Penganjur program dan orang awam perlu berhati-hati memilih premis dan pembekal makanan yang bersih, selain perlu mengamalkan konsep lihat, hidu, dan rasa sebelum makan atau minum bagi mengelakkan kejadian keracunan makanan,” katanya.

Tegasnya, pengendali makanan harus sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan dan keselamatan makanan serta minuman bagi mengelakkan kejadian penyakit atau wabak keracunan makanan. – 11 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related