◉ HEADLINES

MRCB jangka rasionalisasi subsidi diesel tidak beri kesan perniagaan

Pemaju hartanah itu berkata, pemansuhan subsidi bahan api diesel tidak akan menjejaskan kecekapan operasi, garis masa projek, penyampaian perkhidmatan atau asas kosnya

12:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pemain industri di negara ini menjangkakan rasionalisasi subsidi bahan api diesel tidak akan menjejaskan kecekapan operasi, garis masa projek, penyampaian perkhidmatan atau asas kosnya.

Kebanyakan daripada mereka terutamanya yang terbabit dalam sektor hartanah dan perladangan mengakui menggunakan bahan api diesel pada kadar komersial. 

Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dalam satu kenyataan berkata pengumuman terhadap perubahan dasar menimbulkan pertanyaan dalam kalangan pihak-pihak berkepentingan mengenai potensi kesan ke atas operasi perniagaan kumpulan dan kos operasi pada masa hadapan.

“MRCB secara konsisten menggunakan bahan api diesel pada kadar komersial untuk semua projek pembangunan dan pembinaannya, termasuk yang diuruskan oleh subkontraktor.

“Oleh itu, pemansuhan subsidi bahan api diesel tidak akan menjejaskan kecekapan operasi, garis masa projek, penyampaian perkhidmatan atau asas kos kami,” katanya.

Kumpulan itu turut memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa MRCB kekal komited untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif.

“MRCB secara sepenuh hati menyokong inisiatif kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi sebagai sebahagian daripada pembaharuan ekonomi yang lebih luas yang diperlukan untuk memupuk pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan dalam jangka panjang,” katanya sambil menambah ia yakin langkah itu adalah kritikal dan akan menyumbang kepada kemakmuran untuk semua rakyat Malaysia.

Dalam kenyataan berasingan, TH Plantations Bhd (THP) berkata rasionalisasi subsidi diesel tidak akan menjejaskan prestasinya kerana syarikat itu juga menggunakan diesel pada kadar komersial.

“THP mengalu-alukan program BUDI MADANI yang diumumkan semalam bagi menyediakan subsidi diesel bersasar kepada petani komoditi agro kecil. Subsidi ini akan memberi manfaat kepada petani kecil yang membekalkan buah sawit kepada kilang sawit THP,” katanya.

Kementerian Kewangan semalam berkata pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi daripada golongan B40 dan M40 di Semenanjung, layak memohon sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi Madani atau Budi Madani bermula hari ini. – 28 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related