HEADLINES

‘Cerita’ 300 bakal jemaah terkandas rekaan semata-mata? Ia belum dapat dipastikan

Bakal jemaah terbabit masih belum membuat sebarang aduan kepada TH termasuk Kedutaan Malaysia di Arab Saudi

10:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Lembaga Tabung Haji (TH) masih belum dapat memastikan sama ada ‘cerita’ 300 bakal jemaah haji yang dikatakan terkandas di Makkah baru-baru ini adalah benar atau rekaan semata-mata.

Bercakap kepada Scoop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, hal demikian kerana bakal jemaah terbabit terus bertindak mendiamkan diri tanpa membuat sebarang aduan kepada TH termasuk Kedutaan Malaysia di Arab Saudi.

Walau bagaimanapun katanya, biarpun begitu, TH akan tetap ‘mengambil tahu’ untuk sebarang tindakan jika aduan mengenai perkara itu diterima.

“Masih tiada (aduan). Mengenai persoalan sama ada ia rekaan semata-mata, wallahuaklam (Allah jua yang lebih mengetahui),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Na’im berkata, pihaknya juga belum dimaklumkan apa-apa mengenai tindakan pihak berkuasa Arab Saudi yang ketika ini menjalankan operasi terhadap mereka yang berada di Tanah Suci tanpa permit sah ketika musim haji.

Baru-baru ini Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan untuk menangguhkan pemberian visa umrah bagi melancarkan persediaan musim haji sehingga 21 Jun ini.

Kementerian itu turut menegaskan hanya pemegang visa haji yang dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, serta mengingatkan mengenai pelaksanaan hukuman berat terhadap individu yang ditahan kerana berada di tujuh kawasan yang dikhususkan untuk jemaah haji secara tidak sah.

Kerajaan Arab Saudi turut mengumumkan penguatkuasaan penalti 10,000 riyal terhadap individu yang memasuki tujuh kawasan larangan tanpa permit haji iaitu Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.

Kira-kira dua minggu lalu media melaporkan, 300 bakal jemaah haji yang berada di Makkah terkandas apabila agensi yang mengurus perjalanan kumpulan itu, gagal mendapatkan kebenaran untuk mereka mengerjakan ibadah berkenaan pada musim ini.

Kumpulan itu menyedari mereka diperdaya selepas mendapati pakej murah ditawarkan agensi terbabit, menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah itu.

Dalam kenyataan kepada Scoop sebelum ini, Mohd Na’im melahirkan rasa pelik kerana 300 jemaah haji berkenaan masih belum membuat aduan susulan mereka dikatakan terpedaya dengan pakej murah mengerjakan ibadah itu yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.

“Itulah saya pun rasa pelik, masih tiada berita. Setakat ini memang tiada yang menghubungi TH di sana (Arab Saudi).

“Kalau masih berada di Makkah dengan visa umrah, mereka berisiko didenda 10,000 riyal (RM12,500). Takkan sampai dah kena denda, dah kena tangkap (oleh pihak berkuasa Arab Saudi) baru nak hubungi TH?” Soalnya. – 29 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related