◉ HEADLINES

Maxis sedia muktamad SSA dengan DNB lebih awal, untuk rangkaian 5G kedua

Penyempurnaan proses SSA adalah satu langkah yang diperlukan dan pragmatik untuk memulakan peralihan ke dwirangkaian 5G: CEO Maxis

3:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Maxis dalam landasan untuk melengkapkan proses perjanjian langganan saham (SSA) Digital Nasional Berhad (DNB) dan mengambil bahagian dalam pelaksanaan rangkaian 5G kedua, mendahului tempoh masa yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada 2 Jun lalu.

Ia sedia untuk memuktamadkan SSA DNB sejajar dengan terma-terma tersebut dan menandatangani Perjanjian Pemegang Saham (SHA) dengan DNB bagi pelancaran rangkaian 5G kedua.

Maxis, menerusi kenyataan berkata, ia menyokong dan komited sepenuhnya terhadap implementasi pantas model dwirangkaian 5G pihak kerajaan.

Pada 2 Jun lalu, Fahmi memaklumkan syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian (Dual Network) sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam syarikat Digital Nasional Berhad (DNB).

Beliau berkata, perkembangan itu sejajar dengan tempoh melengkapkan proses penyediaan share subscription agreement pengambilan equiti DNB menjelang 21 Jun ini.

“Syarikat telco harus menyiapkan share subscription agreement (pengambilan) equiti DNB menjelang 21 Jun ini dan rata-rata mereka sudah bersedia untuk menandatanganinya,’’ katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis (CEO) Goh Seow Eng, berkata syarikat Telco berkenaan mahu proses SSA dimuktamadkan awal kerana langkah ini akan mengukuhkan kepastian dalam pelaksanaan dwirangkaian 5G negara.

Jelasnya, penyempurnaan proses SSA adalah satu langkah yang diperlukan dan pragmatik untuk memulakan peralihan ke dwirangkaian 5G.

“Maxis bersedia sepenuhnya untuk mula membina rangkaian 5G kedua segera bagi mempercepatkan rancangan 5G negara dan membawa manfaat ekonomi kepada rakyat Malaysia pada kadar yang lebih pantas,” katanya. – 8 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related