◉ HEADLINES

Kebanyakan kawasan di seluruh negara diramal hujan lebat, ribut petir

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam

3:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seluruh negara dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, keadaan cuaca itu membabitkan Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah, selain Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.

“Di Kedah, ia membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Manakala di Perak kawasan itu adalah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar, sementara di Pahang, ia dijangka berlaku di Cameron Highland serta Rompin.

“Di Selangor, kawasan itu adalah di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya menerusi Facebook.

Menurut MetMalaysia lagi, cuaca sama diramal berlaku di Kelantan (Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai) serta di Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun).

“Seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut dijangka berdepan cuaca sama,” katanya.

Ujarnya, kawasan di Sarawak yang diramal berdepan cuaca buruk itu adalah Betong, Sarikei (Pakan), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) serta Limbang.

Di Sabah pula, katanya, situasi itu dijangka melanda pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – 17 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related