HEADLINES

Tiada ‘masa tambahan’ boleh diberikan, keputusan pengosongan kerusi DUN Selat Klang mesti dalam 21 hari: Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyerahkan notis bertulis berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang kepada Speaker negeri, Lau Weng San

6:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak ada mana-mana fasal dalam Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri membolehkan ‘masa tambahan’ diberikan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk membuat keputusan berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, Speaker tertakluk kepada undang-undang sedia ada iaitu membuat keputusan mengenainya dalam tempoh 21 hari selepas menerima notis berhubung perkara itu.

“Ia termaktub di dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor. Dalam tempoh 21 hari, keputusan mesti dibuat oleh Speaker.

“Itu pandangan, memang lain, tapi dalam konteks (pengosongan) ini, saya sebut awal tadi Speaker DUN bertanggungjawab untuk membuat keputusan yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, di mana dalam tempoh 21 hari, Speaker mesti membuat keputusan, keputusan bukan di tangan pihak lain.

“Setakat hari ini, itulah Perlembagaan yang terpakai dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor kita pakai,” katanya pada sidang media sebagai mengulas kenyataan pihak tertentu bahawa keputusan pengosongan kerusi itu boleh dicabar di mahkamah.

Terdahulu, Azmin hari ini menyerahkan notis bertulis berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang.

Notis itu diserahkan Azmin kepada Speaker negeri, Lau Weng San berdasarkan Perkara LXVA Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Pada pertemuan bersama Weng San, Azmin turut memaklumkan Datuk Abdul Rashid Asari tidak lagi menjadi ahli Bersatu bagi kerusi Selat Klang.

Turut hadir, Adun Sungai Ramal, Shafie Ngah.

Sebelum ini, enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu, iaitu Abdul Rashid digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan Majlis Pimpinan Tertinggi untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Mereka menerima surat arahan itu selepas menyatakan sokongan secara terbuka kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Enam Ahli Parlimen itu adalah Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Kelmarin, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuat kuasa serta-merta.

Mohd Amar berkata, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Adun dan Bersatu pada 13 Jun lalu, mengenai status Mohd Azizi yang terhenti keahlian dalam parti. – 21 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related