HEADLINES

Suri rumah, golongan profesional antara 8 ditahan terbabit Daesh, IS

Tangkapan enam lelaki dan dua wanita itu dibuat dalam satu operasi serentak yang dilakukan di empat negeri pada Sabtu dan Ahad lalu

6:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suri rumah dan golongan profesional antara lapan ditahan kerana dipercayai terlibat dengan elemen radikalisme Daesh dan Islamic State (IS).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tangkapan enam lelaki dan dua wanita itu dibuat dalam satu operasi serentak yang dilakukan di empat negeri pada Sabtu dan Ahad lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wujud ancaman kepada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, orang kenamaan dan pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Penahanan enam lelaki dan dua wanita itu adalah tangkapan susulan daripada operasi sebelumnya pada 15, 17 dan 30 Mei lalu.

“Terdapat kepelbagaian latar belakang pekerjaan dan status ekonomi kelapan-lapan suspek seperti penganggur, suri rumah dan golongan profesional terpelajar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan berpandukan kepada peruntukan undang- undang iaitu Bab VIA – Kesalahan-Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan [Akta 574] dan akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747].

Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menjadi penghasut, pelaku, penyokong dan pemberi simpati buat elemen ekstremisme, radikalisme dan keganasan di negara ini.

“Pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang paling berat ke atas golongan ini,” katanya.

Pada masa masa, beliau menggesa semua pihak untuk berkerjasama menggembeleng usaha menangani ancaman tersebut daripada menggugat perpaduan dan keamanan negara tercinta.

“Kerajaan memberi jaminan bahawa masyarakat umum tidak perlu berasa gusar terhadap tahap keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia.

“Ini kerana kecekapan dan ketangkasan PDRM menangkis ancaman ekstremisme, radikalisme dan keganasan di peringkat awal yang menjadi manifestasi kesiapsiagaan dan kompetensi pasukan dalam mendepani sebarang ancaman pada setiap masa,” katanya. – 24 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related