HEADLINES

Mohd Khalid Ismail dilantik Ketua Polis Negara baharu

Beliau menggantikan Tan Sri Razarudin Husain berkuat kuasa hari ini

4:00 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail  dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) secara kontrak menggantikan Tan Sri Razarudin Husain berkuat kuasa hari ini hingga 22 Jun, 2027.

Majlis Serah Terima Tugas jawatan itu berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Hadir sama, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil serta pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis itu turut disempurnakan dengan simbolik penyerahan tongkat kuasa daripada Razarudin kepada Mohd Khalid.

Saifuddin Nasution berkata keputusan melantik Mohd Khalid secara kontrak selepas bersara dibuat berdasarkan kompetensi dan pengalaman luas beliau dalam bidang kepolisan, memetik laporan BH.

Pelantikan diperkenan Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri serta perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

“Kerajaan Madani menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Khalid Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara.

“Beliau memiliki daya kepemimpinan yang tinggi serta komitmen yang terbukti dalam menerajui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saifuddin turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Polis Negara ke-14, Tan Sri Razarudin Husain atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang perkhidmatannya sejak 23 Jun 2023.

Mohd Khalid, 60, pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas PDRM termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018, sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 September 2021.

Mohd Khalid dilahirkan pada 8 April 1965 di Manong, Perak dan memperoleh Ijazah Sarjana Perundangan Perbandingan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau menyertai PDRM pada 5 April 1987 dan memulakan tugas di Cawangan Khas, Bukit Aman. Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang jawatan utama termasuk Timbalan Pengarah Cawangan Khas I serta Pegawai Perhubungan Keselamatan di London, United Kingdom.

Mohd Khalid dinaikkan sebagai Pengarah Cawangan Khas pada 10 April 2023 sebelum bersara wajib pada 8 April 2025, namun perkhidmatannya disambung secara kontrak hingga kini.

Sementara itu Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, masih kekal sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. – 20 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related