HEADLINES

Pemahaman rendah tentang Garis Panduan Komuniti media sosial punca kandungan sering diturunkan: TikTok

Contohnya, pada sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, (kandungan) ada darah dan pisau membuatkan AI fikir ada masalah tapi setelah memahami maksud itu, kandungan diteruskan

4:59 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pemahaman tentang Garis Panduan Komuniti platform media sosial perlu ditingkatkan agar kandungan tidak dialih keluar, kata Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anuar Fariz Fadzil.

Beliau berkata, pelanggaran kepada Garis Panduan Komuniti akan menyebabkan kandungan yang melanggar garis panduan itu akan dialih keluar atau dihadkan kelayakan selepas ditapis kecerdasan buatan (AI).

“Contoh (kandungan) mengenai dadah, pornografi atau (perkara) yang mengundang mudarat. TikTok telus dengan Garis Panduan Komuniti dan kandungan akan diturunkan jika melanggar garis panduan atau laporan tentang kandungan bertentangan dengan garis panduan serta undang-undang negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas sesi From Rules to Reels: Compliance and Engagement on TikTok for Government Agencies di Seminar Media Sosial untuk Kementerian dan Agensi Kerajaan 2024 (SocialGov), di sini.

Anuar berkata, banyak masalah timbul memandangkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai Garis Panduan Komuniti platform media sosial masih rendah.

“Masalah terbesar ialah kesedaran mengenai Garis Panduan Komuniti. Masalah timbul mungkin dengan tidak sengaja melanggar garis panduan itu. Contohnya, pada sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, (kandungan) ada darah dan pisau membuatkan AI fikir ada masalah. Tapi setelah memahami maksud itu, kandungan diteruskan,” katanya.

Justeru, Anuar menjelaskan, TikTok bersedia untuk mengadakan libat urus dengan kementerian dan agensi berkaitan untuk tujuan tersebut.

Seminar yang julung kalinya dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu dihadiri seramai 260 peserta bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan media sosial serta mengoptimumkan kandungan dan maklumat kerajaan agar media sosial rasmi kerajaan lebih telus. – 27 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related